top of page

DIPLOMA PELANCONGAN AMALAN HALAL (KUKB)

KPT N/812/4/0210  I  MQA PA13843

Kursus Diploma Pelancongan Amalan Halal (DPAH) ini direka untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung, sistem rangkaian global, pelancongan rekreasi, teknik pemandu pelancong, operasi dan pengurusan acara dan teknologi dalam pelancongan juga ditekankan untuk menyokong pemikiran kreatif dan kritis.

​

Perbezaan yang diketengahakn oleh Diploma Pelancongan Amalan Halal (DPAH) berbanding dengan Diploma Pelancongan yang lain ialah, silibus yang direka menekankan tentang sektor pelancongan dalam aspek agama Islam. Pelajar akan dapat membezakan antara sektor pelancongan secara global dan pelajar juga akan diberi pendedahan tentang sektor pelancongan kearah keislaman.

PELUANG TRAVEL

Pelajar berpeluang mengembara ke luar negara

JARINGAN INDUSTRI

Memenuhi keperluan pasaran semasa

KELEBIHAN PROGRAM

Pelajar dapat memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang diperlukan dalam industri Pelancongan Mesra Muslim. Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer.

KEMAHIRAN PELAJAR

Pelajar juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat pelancongan di dalam negara. Program ini merangkumi pelbagai kursus seperti penginapan, makanan, pelancongan ekstrem dan rekreasi, pengurusan acara, pengangkutan, tempat yang menarik, perkhidmatan pelancongan dan perniagaan berkaitan pelancongan

SYARAT KEMASUKAN :

  • ​Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam mana-mana subjek.

  • Pelajar muslim sahaja

 

YURAN PENDAFTARAN : RM 250.00​

​

PROSPEK KERJAYA :

  • Sektor ini menawarkan peluang kerjaya yang baik memandangkan industri ini telah berkembang pesat dan popular. Industri ini memerlukan generasi muda dan dinamik serta berpengetahuan dan berkemahiran.

  • Bidang Kerjaya merangkumi sektor Pelancongan, Industri Restoran, Perkhidmatan Terurus, Pengurusan Penginapan.

​

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :

Boleh menyambung ke Ijazah Pengurusan Pelancongan atau mana-mana program berkaitan dengan pengurusan hospitaliti di Universiti Awam atau Swasta.

SILIBUS PROGRAM

Semester 1 :

  • Introduction to Halal Tourism and Travel Management
  • Fundamentals of Tourism Management
  • Technology for Tourism Industry
  • Business Ettiquette and Communication Skills
  • English Language for Hospitality and Tourism

 

Semester 2:

  • Fundamentals of Tour Guiding Skills
  • Travel and Tour Operations
  • Introduction to Tourism Events Management
  • Fares and Ticketing
  • Beginner Mandarin Language

 

Semester 3 :

  • Customer Service for Hospitality
  • Transportation for tourism
  • Fundamentals of Accounting for Hospitality and Tourism
  • Islamic Marketing for Hospitality and Tourism
  • Bahasa Arab 1 

 

Semester 4 :

  • Islamic Global Travel Destination
  • Tourism Geography
  • People and Organisation
  • Fundamentals of Tourism Economy
  • Tourism Islamic Entrepreneurships

 

Semester 5 :

  • Hosting Muslim Travelers
  • Sustainable Tourism
  • Cultural and Heritage Management
  • Hospitality Human Resources in Tourism Industry
  • Tourism Business Law

 

Semester 6 :

  • Latihan Industri

CONVO UNITI.jpg
Design Book

DIPLOMA PSIKOLOGI KAUNSELING

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DIPLOMA KOMUNIKASI MEDIA

bottom of page