top of page
Search
hairieuniti

Betul Ker Diploma Kolej Uniti Boleh Sambung UPSI

Sebenarnya ramai je students Kolej UNITI sambung belajar di UPSI. Macam Cikgu Wani ni… Cikgu Tadika? Tak pernah terlintas nak jadi cikgu.. Apatah lagi cikgu tadika..Tapi perancangan Allah sangat cantik…Tingkatan 4 dan 5 sis belajar katering dan penyajian, minat terhadap penyediaan makanan dan hospitality sangat tinggi, sehingga Cikgu Wani tetap nak sambung pengajian dalam bidang hospitaliti dan kulinari.


Tapi rezeki tidak berpihak pada Cikgu Wani, Cikgu Wani tak dapat apa-apa tawaran pon. Akhirnya Cikgu Wani redha dengan pilihan mak Cikgu Wani untuk masuk Kolej UNITI dalam bidang Diploma Pendidikan Prasekolah. Pada awalnya Cikgu hanya mengikut rentak perjalanan sebagai seorang pelajar, tidak bersungguh-sungguh dalam bidang Pendidikan Prasekolah ini, dengan harapan Cikgu dapat tawaran dari bidang lain. Tapi pelbagai sokongan, aktiviti yang dijalankan, dan pengalaman yang diberikan membuatkan Cikgu rasa, minat terhadap Pendidikan Prasekolah semakin menebal dalam diri Cikgu. Selama 3 tahun belajar Diploma Pendidikan Prasekolah Cikgu berjaya graduated pada tahun 2012.




Dengan sijil dan pengalaman yang Cikgu ada, Cikgu ditawarkan bekerja sebagai guru di sebuah Tadika swasta di Kuala Lumpur. Setahun selepas itu, Cikgu melanjutkan pelajaran selama 4 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris diperingkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Dengan Kepujian. Di UPSI, Cikgu dapat membuat pengecualian jam kredit kerana pembelajaran di UPSI mempunyai persamaan seperti di Kolej UNITI kerana Kolej UNITI ada pengiktirafan MQA. Jadi segala silibus, nota dan peperiksaan seakan-akan sama.


Alhamdulillah kini Cikgu dah pun bergelar alumni UPSI dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sedang bekerja sebagai guru di sebuah Tadika swasta di Kuala Lumpur. Pengalaman berada di Kolej UNITI dan UPSI sangat menyeronokan dan berbeza. Jangan putus asa dan terus melangkah kehadapan. Terima kasih warga Kolej UNITI kerana di Kolej UNITI Cikgu berjaya ke menara gading dan Cikgu mula minat dalam dunia Kanak-Kanak.

Nukilan: Nur Hazwani Wahi Alumni Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan-Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


46 views0 comments

Comments


bottom of page