Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Pelajar yang berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka ini dulunya seorang yang sangat pemalu, pendiam dan kurang keyakinan diri. Taska dan tadika ini merupakan salah satu makmal pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di Kolej UNITI. Pada permulaannya, memang beliau tidak yakin untuk ‘hands on’ bersama anak-anak kecil ini, malu nak menyanyi, menari dan hiburkan anak-anak dalam tugasan tersebut tetapi atas kesungguhan dia dan setelah beberapa kali menjalani latihan, Fatin dan rakan-rakannya berjaya melunaskan tanggungawab tersebut dengan yakin dan baik.
Siapa sangka….Kini Fatin merupakan guru di Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI. Jika dah tertulis rezeki, memang tak ke mana kan?
Dulu selalu datang ke Taska Cahaya Tasneem untuk buat aktiviti amali bersama anak-anak TCT, tetapi hari ini dialah pendidik kesayangan kepada kanak-kanak tersebut! Walaupun baru empat bulan bekerja di Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI, tetapi dia memberi komitmen yang sangat baik. Fatin masih seperti dulu, seorang yang merendah diri, sering bertanya pendapat dengan admin dan paling penting, berusaha memperbaiki diri. Prestasi kerja beliau juga sangat baik serta menjadi pendidik kesayangan anak-anak Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI. Ikuti artikel penuh mengenai perjalanan kejayaan Fatin di http://bit.ly/Alumni30DPAK
Comments