top of page
Search
hairieuniti

Hanara Ann Buah Hati Hanif Rashid

Ini merupakan kisah saya Mohd Hanif bin Rashid Alumni Kolej Uniti melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar. Seterusnya ialah cabaran ketika saya memulakan perniagaan. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan dorongan buat adik-adik dalam mencapai kejayaan. Setiap impian yang tercipta pasti akan ada kejayaannya. Insyaallah. Saya menyambung pelajaraan di Kolej Uniti pada tahun 2010. Kelas saya Diploma in Business Studies (DBS) masa tu cuma ada 9 orang sahaja jadi sememangnya tumpuan saya lebih baik dlm P&P. Selain itu, Kolej UNITI sangat membuka peluang saya untuk menonjolkan diri dalam banyak aspek kerana ramai pihak yang menyokong kegiatan Koko pelajar Kolej Uniti. Program DBS sgt bagus! Jelas selepas saya sambung degree di UITM, saya tidak rasa janggal atau rasa ada perbezaan dari segi silibus atau pun pendekatan input. Program begini, memudahkan lagi proses penyambungan pengajian dari diploma - Ijazah dimana keistimewaan yang sama diterima seperti pelajar UITM induk. Program DBS - UNITI dilaksanakan dalam silibus dalam bahasa inggeris yang sangat penting untuk peringkat Ijazah dan pasaran kerja terutama "Multinational Company". Bagi saya, program seperti ini perlu dibanyakkan lagi.




Bagaimana pula kisah suka-duka saya menceburi bidang perniagaan? Hanara Ann. Membuka Hanara Ann merupakan impian saya sejak dulu. Bagaimana tercetusnya idea untuk membuka perniagaan kedai bunga ini ialah apabila saya inginkan sesuatu ketika itu. Saya memasang tekad untuk memiliki kereta pertama saya. Impian memiliki kereta sendiri menjadi motivasi untuk saya berkerja dengan lebih keras dan mencari punca pendapatan sampingan. Bakat dan minat menjadi idea untuk saya mencuba pasaran ini, bermula dengan modal yang kecil saya mula mengkaji pasaran, sumber bahan mentah dan konsep yang paling diminati dan kena dengan personaliti saya. Peluang perniagaan dari rakan-rakan Facebook dan saudara mara membuka langkah saya untuk lebih serius. Banyak proses R&D, Market research, Sampling dan Promotion dijalankan secara sendirian sebelum saya betul-betul memutuskan konsep dan identity perniagaan saya. Alhamdulillah, dari kerja sambilan, sekarang HANARA ANN adalah syarikat saya sendiri dan merupakan punca pendapatan utama saya. Berkat kegigihan dan ilmu yang dipelajari ketika saya menyambung pelajaran di Kolej Uniti dan seterusnya di UITM adalah pemangkin untuk saya membuka perniagaan dan berjaya pada masa hadapan.



25 views0 comments

Commentaires


bottom of page