top of page
Search
hairieuniti

Inspirasi Terbaik Alumni Diploma Pengajian Islam


Dr Nur Athirah merupakan alumni Kolej UNITI. Beliau sekarang bekerja sebagai Pensyarah Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terima kasih Dr Nur A'thiroh Masyaa'il Tan kerana masih berhubung dengan kami walaupun sibuk dengan tuntutan kerja. Dr Athiroh merupakan salah seorang alumni Diploma Pengajian Islam (syariah) Kolej UNITI. Memeluk Islam pada tahun 1995. Dr Athiroh memilih Kolej UNITI dan menjalani kehidupan sebagai siswi Diploma Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2001 hingga 2003. Melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UKM dan menerima Anugerah Pelajaran Diraja sekali gus dianugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kali ke-35 tahun 2007.


Setelah itu Dr Athiroh tidak menoleh ke belakang lagi. Selain berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Dakwah Universiti Kebangsaan Malaysia, kini hidupnya adalah untuk dakwah dan mendidik khususnya di kalangan saudara baru. Telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat negeri dan nasional di atas sumbangan langsung beliau dalam dakwah.

Tahniah barisan pendidik dan pentadbir di UNITI yang melahirkan benih sebaik ini. Syabas Dr Athiroh! Anda antara inspirasi terbaik pelajar Kolej UNITI. Kami tumpang bangga dengan pencapaian anda. Kami doakan Dr Athiroh semoga terus maju dan cemerlang dalam berdakwah. Jom kita dengar apa kata beliau tentang Kolej UNITI.



6 views0 comments

Comments


bottom of page