top of page
Search
hairieuniti

Mimpi Zahirah Jadi Nyata, Memegang Sijil KEMAS

Nor Zahirah, bekas pelajar dari Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Kolej UNITI Port Dickson. Berasal dari Benut, Johor dan mengambil jurusan Diploma Pendidikan Prasekolah di Kolej UNITI.


Zahirah yang dikenali merupakan seorang yang pemalu dan pendiam tetapi tidak dapat dinafikan, sememangnya beliau merupakan seorang pelajar yang rajin, komited dan sangat menghormati pensyarah.

Zahirah dulunya seorang yang kurang keyakinan diri. Beliau paling takut bila waktu pembentangan, gementar katanya. Pernah ‘tak tidur malam mengenangkan ada pembentangan keesokan harinya, Tapi, beliau tetap berusaha melunaskan tanggungjawabnya dengan baik.

Lumrah sebagai pelajar, ada pasang surut hadapi tekanan semasa belajar. Pernah Zahirah berasa terlalu tertekan dan ‘down’ dalam pembelajaran sehingga mempunyai perancangan untuk berhenti belajar dari Kolej UNITI.

Beliau pernah meluahkan hasratnya kepada pensyarah untuk berhenti belajar tetapi atas dorongan pensyarah, keluarga dan rakan-rakan sekelasnya, beliau terus melangkah dengan keyakinan yang ada, bangkit kembali, fokus serta berusaha memberi yang terbaik!


Berkat usaha gigih Zahirah dan semangat tidak mudah putus asa, beliau berjaya menamatkan pengajian di Kolej UNITI dengan jayanya pada Bulan September 2015. Selama tiga tahun belajar di Kolej UNITI, sedikit demi sedikit, perasaan takut dan kurang keyakinan diri mula terkikis daripada dirinya. Zahirah mula jatuh cinta dengan bidang pendidikan awal kanak-kanak yang dipelajarinya. Beliau tekad untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pendidik kepada kanak- kanak.

Tidak mudah putus asa, beliau sentiasa mencuba untuk memohon peluang mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS (SPAKK) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Jika sudah tertulis rezekinya, siapa kita untuk menidakkannya bukan?

Penantiannya selama tiga tahun berbaloi akhirnya apabila diterima untuk mengikuti kursus tersebut bermula pada 2 Februari 2019. Berkat kesabarannya, kini, beliau merupakan salah seorang pemegang Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS siri 1/2019 setelah tiga bulan mengikuti kursus tersebut di Pusat Kegiatan Masyarakat Shah Alam, Selangor. Alhamdulillah.




Apa yang pasti, Zahirah sama seperti dulu. Tidak menyombong, murah senyuman dan sangat menghormati pensyarah. Beliau masih tidak lupa akan kenangan dan pengalamannya menimba ilmu di Kolej UNITI yang membuatnya jatuh cinta dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Malah sehingga kini, beliau masih berhubung dan bertanya khabar dengan pensyarahnya di Kolej UNITI.


‘Berkat kesungguhan dan semangat tidak putus ada, awak bisa meraih kejayaan hari ini..Tahniah Zahirah. Moga awak menjadi pendidik yang cemerlang dan disayangi semua ” Bisik hati kecil admin.

Moga kisah Zahirah ini menjadi inspirasi buat para pelajar Kolej UNITI. Kami warga Kolej UNITI mendoakan agar Zahirah terus meraih kecemerlangan dalam kerjaya yang diceburinya ini.


Inginkan kerjaya seperti Zahirah? Jangan abaikan cita-cita anda.


9 views0 comments

Comments


bottom of page