top of page
Search
hairieuniti

Skop kerja sama dengan apa yang diajar oleh Pensyarah

Nur Amyliena Izzah merupakan Alumni Kolej Uniti dan telah bergraduasi pada tahun 2018. Kini Amyliena sedang bekerja di Tour & Ticketing Officer. Ayuh kita baca sedikit kisah Amyliena. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan dorongan buat adik-adik dalam mencapai kejayaan. Setiap impian yang tercipta pasti akan ada kejayaannya. Insyaallah.



Apa yang membuatkan Amyliena ingin menyambung pelajaran di Kolej Uniti ialah kerana course Diploma In Tourism Management yang di tawarkan di kolej ini menarik minatnya dalam menambah ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang dan melihat keindahan alam. Tambahan pula, dia memang sukakan melancong dan jalan-jalan. Di tanya pandangan Amyliena mengenai Kolej Uniti ialah Ikhtilat pelajar di jaga. Dan sudah tentu pengalaman paling best dan tidak boleh dilupakan ialah apabila dapat berjumpa kawan baru dan pensyarah yang cukup rare. Rare rare juga, belajar tetap belajar. Itu yang paling penting.


Ketika Amyliena mula melangkah ke alam pekerjaan, apa yang mengembirakan nya ialah skop kerja tak banyak lari dari apa yang dipelajari dulu. Amyliena berkerja sebagai travel agent. Ticket, customer services, tourism communication, account sudah menjadi kebiasaan.

Apa yang menjadi Inspirasi dan dorongan semasa belajar ialah Amyliena bersaing secara sihat, kerana ilmu itu amat penting untuk kita tidak ditipu atau diperbodohkan untuk masa akan datang. Pesanan Amyliena kepada adik-adik yang mahu sambung belajar di Kolej Uniti ialah Good luck and do the best for your future

25 views0 comments

Comentarios


bottom of page