Tentang UNITI
Kolej UNITI merupakan sebuah Kolej Keusahawanan dimana setiap pelajar yang mendaftar masuk ke Kolej UNITI akan diajar mengenai Keusahawan serta boleh menjana duit poket hasil dari program Keusahawanan tersebut. Ditubuhkan pada 27 Januari 1997. Lokasi kampus bertempat di Tanjung Agas Port Dickson, Negeri Sembilan atau dengan kata lain, berada di sempadan antara Melaka dan negeri Sembilan.
Selama 22 tahun ini UNITI telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti didalam pelbagai sektor dan lebih dari 19 kursus diperingkat Diploma ditawarkan pada masa ini. Diiktiraf oleh MQA , KPM & JPA. Kini, UNITI telah mempunyai 2 kampus iaitu kampus induk di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kampus ke-2 di Kota Bharu, Kelantan.
Telah ramai Alumni-alumni yang telah berjaya dari Kolej UNITI sehingga ada yang telah menjadi Hakim syarie, Doktor Phd, Pensyarah, Cikgu, Jurutera dan lain-lain. Malah ada yang telah membuka perniagaan sendiri seperti Taska dan Consultancy.
Terdapat 3 Fakulti di Kolej UNITI iaitu :-
-
Fakulti Kejuruteraan Teknologi
-
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
-
Fakulti Pengurusan Industri Halal
KOLEJ BERSEKUTU UITM
Kolej Uniti merupakan IPT yang menjalankan program Bersekutu (usahasama) dengan UITM & UPM sejak sekian lama.
Program usahasama ini membawa maksud program-program Diploma yang ditawarkan dari campus induk UITM atau UPM dilaksanakan pembelajarannya di UNITI. Pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan diploma daripada UITM atau UPM dan juga merupakan golongan mahasiswa universiti awam. Pelajar juga akan memperolehi kad metrik UITM atau UPM serta boleh menggunakan kemudahan pelajar di campus induk UITM atau UPM. Cuma perbezaan pelajar ini dengan pelajar universiti awam yg lain adalah lokasi kampus pembelajaran sahaja.
Program ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar di universiti awam tetapi gagal mendapatkan tempat kerana had minimum yang disyaratkan oleh institusi tersebut amat terhad serta rata-ratanya memerlukan syarat 5A & ke atas mengikut kelayakan SPM pelajar.
​
Kolej UNITI juga telah berjaya meningkatkan Gred Audit Kualiti Akademik, Kolej Bersekutu Uitm bagi tahun 2017 Kepada Gred “ A ”.
PENGIKTIRAFAN
Kolej UNITI merupakan insititusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Pada tahun 2017 Kolej UNITI sekali lagi diberi Penarafan (tertinggi) 6 * MyQuest 2016/2017. Dengan pengiktirafan ini para graduan dari UNITI berpotensi untuk mendapat pekerjaan dari sektor KERAJAAN mahupun swasta.