top of page

KOLEJ UNITI
KAMPUS PORT DICKSON

DBS%20DIA_edited.jpg

DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES (DBS) ( UITM )

Program ini kekal sebagai salah satu program yang sangat dicari di kalangan pelajar yang menjalankan program diploma, memberi latar belakang pelajar tentang fakta-fakta dan pengetahuan perniagaan di mana mereka membina kerjaya dalam perniagaan.

 

Program ini juga menyediakan pelajar untuk program Ijazah Sarjana Muda khusus dalam pelbagai bidang perniagaan. Program 2 ½ tahun iaitu 5 semester ini merangkumi pelbagai kursus. Ini termasuk kajian perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik dan statistik, bahasa dan komunikasi, teknologi maklumat dan asas undang-undang.

DIPLOMA IN ACCOUNTANCY (AC110)
( UITM )

The Diploma in Accountancy (DIA) programme has been designed with the objective of training Bumiputera in the field of accountancy at a sub professional level. Student will acquire valuable knowledge in management as well as accountancy programme franchise under Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Students will also be able to apply their knowledge to solve problems in management with supporting facts and creative ideas. This program provides a good impact towards the development of confident characteristics and to ensure the management in an organization is managed well by proficient accountants which then leads to the success of the company by securing more opportunities.

aef537_2b4e964156fc427e990628802f73d59d~mv2.jpg
IMG_2651-copy-1024x683.jpg

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) memberi tumpuan kepada pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal terutama dalam operasi perkhidmatan dan pengurusan industri halal termasuk makanan, kosmetik dan lain-lain.

 

Secara tidak langsung, program ini membentuk disiplin pengetahuan dan kebolehan dalam menyediakan operasi dan perkhidmatan halal yang meyeluruh dalam industri yang terlibat di Malaysia.

DIPLOMA PENGURUSAN MUAMALAT

Pertumbuhan industri Kewangan Islam semakin berkembang dengan pesat, dan in memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini.

 

Diploma Pengurusan Muamalat Kolej UNITI memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, dengan tumpuan kepada asas-asas syariah dan kewangan Islam. dengan nilai tambah satu program latihan Sijil Operasi Perbankan Islam, Certificate of Islamic Banking Operation (CIBO)

DPM.jpg
Diploma pengajian islam.jpg

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

Program in memberikan pengenalan mengenai ilmu-ilmu asas Islam dan pemahaman melalui manhaj atau cara Rasulullah berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah yang sahih bersesuaian dengan kefahaman generasi pertama.

 

Sebahagian dari kursus merangkumi topik mengenai perkaitan segera dan praktikal kepada para pelajar.

​

Ianya juga laluan kepada pelajar yang ingin menjadi Pegawai Khagat

DIPLOMA IN HALAL PRODUCT MANUFACTURING

Diploma in Halal Product Manufacturing (DHPM) ini memberi tumpuan kepada pembangunan, pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di pelbaqai industri yanq berbeza di Malaysia, terutamanya dalam operasi pengeluaran dan pengurusan.

 

la adalah satu disiplin pengajian yang membolehkan pelajar mengembangkan dan mencipta produk halal baru termasuk makanan dan bukan makanan. Prospek kerjaya program ini adalah eksekutif halal atau usahawan halal yang mempunyai asas kukuh dalam pengetahuan industri halal yang berkemahiran dalam pelbagai sektor industri halal di dalam dan luar negara.

dpih.png
diploma perlancongan amalan halal.jpg

DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT

Melalui program ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang diperlukan dalam industri Pelancongan Mesa Muslim. Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer. 

 

Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat pelancongan di dalam negara. Program ini merangkumi pelbagai kursus seperti penginapan, makanan, pelancongan ekstrem dan rekreasi, pengurusan acara, pengangkutan, tempat yang menarik, perkhidmatan pelancongan dan perniagaan berkaitan pelancongan.

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

Diploma Pengurusan Perniagaan memberi tumpuan kepada pengetahuan dan pelaksanaan Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Kewangan Pemasaran Keusahawanan dan Inovasi Pengurusan Khidmat Pelanggan, Pengurusan Sumber Manusia, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Acara dan Pengurusan Runcit.

1438132913.jpg
Diploma In Business Studies (UiTM) - Kolej UNITI.png

DIPLOMA PERAKAUNAN

​Program ini memperkenalkan pelajar kepada bidang perakaunan serta menjadikan mereka memahami konsep perakaunan yang relevan. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang perakaunan, IT serta pengurusan. Komponen ini penting untuk meningkatkan perkembangan kemahiran perakaunan.

Program ini memberikan kesan yang baik terhadap pembangunan ciri-ciri keyakinan dan memastikan pengurusan dalam sebuah organisasi diuruskan dengan baik oleh akauntan mahir yang kemudiannya membawa kepada kejayaan syarikat .

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(DPAK) Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak
Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.

Pembelajaran secara teori dan praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar dalam industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibangunkan sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.

ALUMNI.jpg
DPAKK.jpg

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Program ini mengkhusus dalam pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Kurikulum program ini termasuk pendidikan asas Islam seperti Akhlak, Fiqh, Ibadah, Sirah, Al-Quran dan aspek tambahan yang dapat meningkatkan kemahiran graduan dan diperlukan dalam industri seperti psikologi, keusahawanan dan teknologi pendidikan.

DIPLOMA PSIKOLOGI KANSELING

Diploma Psikologi Kaunseling ini adalah hasil gabungan semua pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam bimbingan dan kaunseling, metadologi penyelidikan, penaksiran juga modifikasi tingkah laku yang disuaipadankan dengan akademik, sosio-ekonomi dan budaya.

Program ini juga menyentuh kaunseling dan terapi keluarga, kaunseling industri serta pengalaman kepada kecelaruan psikologi bagi membantu menangani cabaran individu, kumpulan, keluarga dan masyarakat membangun yang berhadapan dengan kepelbagaian masalah dan gejala sosial.

Diploma-Psikologi-Kaunseling-Sem-2-768x512_edited.jpg
dkm-768x512.jpg

DIPLOMA KOMUNIKASI MEDIA

Program ini dibangunkan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang peranan media massa mengikut perkembangan terkini yang juga membantu dalam pembangunan pelbagai organisasi.

 

Melalui kombinasi teori dan praktikal melalui kajian media yang dilakukan, pelajar berkemahiran dalam penulisan media, produksi audio dan video, penyiaran televisyen dan radio komersil, dan percetakan menggunakan alat dan perisian terkini.

DIPLOMA IN GRAPHIC DESIGN

Diploma Rekabentuk Grafik memberi fokus kepada pembelajaran dan pengajaran secara teori dan praktikal dalam bidang rekabentuk grafik. Sepanjang semester, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik visual dan grafik, lukisan, ilustrasi, penerbitan desktop, fotografi dan manipulasi imej, multimedia, reka bentuk web dan animasi untuk menterjemahkan idea-idea baru ke dalam bentuk visual.

​

Program ini dibangunkan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang Pereka Grafik, Web Designer, Packaging Designer, Art Director, Animator, Video Editor, Freelance Designer (Keusahawanan), Printing (Publication), Fotografi, Multimedia Design, 3D modeler dan lain-lain.

18527831_1638516336189266_524209453207666562_n.jpg
DCN.jpg

DIPLOMA IN IT SYSTEM SUPPORT

Diploma in IT System Support (DITSS) Kolej UNITI menjadi bidang yang sangat 'demand' dan sentiasa berdaya saing untuk membangunkan negara seiring dengan Revolusi Industri 4.0. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan kepada aspek utama yang meliputi bahasa pengaturcaraan berasaskan web dan antara muka pengguna, sokongan teknikal serta pengurusan data.

​

Graduan juga akan dilengkapi dengan sijil professional iaitu Linux Professional Institute Certification (LPIC) bagi  memudahkan graduan mencari pekerjaan.

DIPLOMA IN COMPUTER NETWORK

Diploma in Computer Network (DCN) Kolej UNITI dibangunkan bagi menyediakan peluang sambung belajar kepada pelajar lepasan SPM dan sijil dalam bidang rangkaian komputer.

 

Sukatan pelajaran yang diiktiraf oleh MQA dan silibus yang direka bentuk meliputi keperluan semasa industri sebagai nilai tambah untuk pelajar mempersiapkan diri ke alam pekerjaan.

Diploma in Computer Network.jpg
bottom of page